momoo

Cute Red Bull

Tuesday, August 17, 2010

kelebihan sembahyang sunat terawikh

Malam 1
Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam 
pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat 
keampunan dari Allah.
Malam 2 Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang
sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya
(sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami 
meneruskan sembahyang terawikh terus 
menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala 
orang orang yang membaca kitab kitab 
Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.
Malam 5 Allah kurniakan baginya pahala orang orang
yang bersembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Malam 6 Allah kurniakan pahala kepadanya pahala
Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan
supaya Allah mengampunkan dosa dosa
orang yang mengerjakan sembahyang
terawih pada malam ini.
Malam 7 Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan
Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam
menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.
Malam 8 Allah mengurniakan pahala orang sembahyang
terawikh sepertimana yang telah dikurniakan
kepada Nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.
Malam 9 Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu
ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan
kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.
Malam 11 Kelauar ia daripada dunia (mati) bersih 
daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 Datang ia pada hari Qiamat dengan muka 
yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 Datang ia pada hari Qiamat dalam aman
sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan 
keburukan.
Malam 14 Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang 
terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya 
pada hari Qiamat.
Malam 15 Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, 
Kursi, berselawat dan mendoakannya s
upaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya
terlepas daripada neraka dan dimasukkan
ke dalam syurga.
Malam 17 Allah kurniakan orang yang berterawikh 
pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-nabi.
Malam 18 Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya
Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa
engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya
didalam Syurga Firdaus.
Malam 20 Allah kurniakan kepadanya pahala sekian
orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 Allah binakan sebuah istana dalam Syurga
daripada nur.
Malam 22 Datang ia pada hari Qiamat aman daripada 
tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah
dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya 
sebuah bandar didlam syurga daripada nur.
Malam 24 Allah buka peluang 24 doa yang mustajab
bagi orang berterawikh malam ini, (elok
sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 Allah Taala angkatkan daripadanya siksa
kubur.
Malam 26 Allah kurniakan kepada orang berterawikh 
pahala pada malam ini seumpama 40 tahun
beribadat.
Malam 27 Allah kurniakan orang berterawikh pada 
malam ini ketangkasan melintas atas 
titian Sirotulmustaqim seperti kilat
menyambar.
Malam 28 Allah Subhanahuwata'ala kurniakan
kepadanya 1000 darjat diakhirat.
Malam 29 Allah Subhanahuwata'ala kurniakan
kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30  Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan
kepada orang berterawikh pada malam terakhir 
ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaku: Makanlah segala jenis 
buah-buahan yang engkau ingini hendak
makan didalam syurga, dan mandilah
engkau daripada air syurga yang bernama 
Salsabila, serta minumlah air daripada telaga
yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada 
S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'".

0 comments:

we together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

jar of heart

Related Posts with Thumbnails