momoo

Cute Red Bull

Thursday, June 10, 2010

khas untuk MEMEY..hehe

“Sahabat…Persahabatan terbina atas ranting kejujuran,
bertunjangkan kasih sayang lalu membuahkan kemanisan ikatan,
jika terpesong, maka patahlah ranting,
reputlah akar dan rosaklah buah
sahabat sejati bukan yang sentiasa di mata, dekat bicaranya
tapi dia setia dihati dan diingati dalam setiap bisikan doanya…”

“Sekali kita bersahabat, selamanya kita bersahabat…jagalah nilai persahabatan kerana
ialah ukhwah yang paling bermakna dan berharga…
teman, usah disamakan nilai antara sebuah persahabatan dan cinta,
kerana cinta yang hadir mampu merosakkan persahabatan….
namun persahabatan adalah penawar paling agung bagi satu kisah cinta yang hancur…..”



” Biarlah kiat menjadi insan terakhir dalam hidup orang yang kita sayang,
sebab yang terakhir itulah yang paling jauh..
tapi yang paling jauh tulah yang paling dekat dengan dasar hati “
” tatkala tempias hujan membasahi jendelamu,
itulah airmataku mengingatimu..
tanpa kau sedari ada darah di jarimu,
itu bermakna sesuatu terjadi padaku..
jika kau terjatuh
itu bermakna aku termimpikanmu..
dan jjika kau tersedar tika Al Quran mendayu di subuh pagi itu,
itu tandanya aku pergi dulu sebelummu…”



“sayangi sebuah pertemuan kerana di situ terciptanya kemesraan,
kenangi sebuah perpisahan kerana di situ tercipta kenangan yang abadi “
SAHABAT..
Persahabatan itu bagaikan menjaga sebuah taman
Bajalah ia dengan benih kesabaran
kerna dari benih itu akan tumbuh satu jalinan ikatan
mengeratkan ukhwah sesama insan
Siramilah ia dengan titisan jernih air keiklasan
kerna kejernihan air dapat menyuburkan hati yg ketandusan
dengan kesegaran seribu harapan

Banyak perkara yang kita kehendaki
Tapi tak semua yang akan diperolehi
Sudah memang ketentuan Ilahi sejak azali
Kerana tak semua perkara
Membawa kebahagian pada diri sendiri. Hakikatnya tanpa pula kita sedari
Bila dah dapat mulalah lupa diri
Nikmat yang ada tak pernah nak disyukuri
Bahkan makin meminta sana sini
Kononnya benda yang dikehendaki
Masih belum dipenuhi.
Adakah ini hakikat duniawi
Atau pun cabaran dari Ilahi
Buat menuju ke sidang ukhrawi



Sabar dengan apa yang terjadi
Ke atas keluarga mahu pun diri sendiri
Kerana itu yang kita pasti
Ada hikmah yang tersembunyi
Hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Benda yang datang terimalah dengan rela hati
Benda yang pergi lepaskanlah
Tanpa keraguan di sanubari
Benda yang tidak diperolehi
Kecewa mestilah dijauhi
Benda yang sudah didapati
Lafazkan kesyukuran di hati…

0 comments:

we together

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

jar of heart

Related Posts with Thumbnails